peMakLuMAn daa....

aDelah Ini DiumuMkaN bAhAWasAnYa adaLAH tAK dibEnarKAN seBarAng AyaT yAng BeruNSur Lucah, CaRut, CaCi-Maki yaNg BleH mENiMbULKAan iSU KePadA BanGSa, AgaMa, NeGara daN Kata2 Yang SamE WaktUNya MelaInKaN DaRiPaDa TauKe BLOg sEnDiRi...... HarAp SemuA PeLaWat DapAt MeMaTuHI perATUraN SuCi ini......Idop Budi BAHasa...
budi bahasa, budaya kita!

boycott la wei...

http://inminds.co.uk/boycott-brands.html

Thursday, October 6, 2011

baju kurung aku ke kau ni?

assalamualaikum.

mula-mulanya aku telah menaip beberapa notes sempena ramadhan, pakistan, raya dan perkara2 yang berlaku pada aku kebelakangan ini.tetapi dek malas nak mendedikasi masa untuk menaip berbunga-bunga, aku decide untuk mengabungkan semua cerita2 tersebut kepada notes aku yang ini saje.maka,aku sangat yakin notes ni akan menjadi sangat panjang, mleret-leret, pedas, bosan, terharu dan mungkin juga rasa √°wesome'.


oleh kerana aku yakin notes ni akan jadi sangat ilmiah, maka aku rasa nak go on dengan satu topik yang tidak asing lagi dalam khidupan orang perempuan iaitu 'baju kurung' (kalau korang orang putih, x perlu bacala sebab mmg baju kurung asing dengan korang pun)


1- sebelum pulang ke tanah air tercinta, aku sempat singgah transit selama lebih kurang 18jam di Karachi, Pakistan. alang-alang 18jam transit, seronok juga jika dapat keluar dari airport melihat-lihat kawasan sekitar. Aku pun berusaha menjalankan kajian tempat-tempat menarik di Karachi, menghubungi travel agency di sana untuk bertanyakan pendapat mereka akan tempat terbaik untuk aku lawati. sesampai di sana, aku sempat dibawa berjalan2 oleh kawan aku melihat-lihat keindahan pakistan dan orang-orangnya yang memang well-knowned cantik dan lawa bagai Miss World.. hehe :) (http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2288077291598.132355.1538928641&type=1 ) .. apa yang mengagumkan, majoriti masyarakat di sana memakai baju kebangsaan mereka seperti kurta, baju punjab,shalwar, dan macam2 jenis baju yang aku pun tak ingat namanya. .. dripada keunikan baju tradisional Shalwar Qameez (http://en.wikipedia.org/wiki/Shalwar_Qameez) hinggalah versi yang dimodenkan tetapi yang masih menampilkan dan mengekalkan aspek2 asli baju tradisi ini dipakai oleh semua lapisan masyarakat. kagum aku dengan mereka. selendang sentiasa digayakan bersama baju Punjab (aku guna baju punjabi je lah,dh majoriti org malaysia tahu baju ni) .. dengan seluarnye yang tak bergetah (free size, 1 seluar masuk 10 pinggang mcm Lisa Surihani pun boleh, hahaha) ...musykil juga aku, takkanlah dorang ni asyik nk mengikat je seluar ni....


2-sesampai aku di Malaysia, melihat aku ke kanan dan ke kiri.baru aku terfikir yang betapa kita tidaklah membudayakan baju kebangsaan kita. yang paling aku terasa kecewa apabila peramugari malaysia mengenakan kebaya pendek, ketat,berbelah pula kainnya hingga ke peha.. tersipu-sipu melayan penumpang, hendak menunduk mengambil barang pun tersegan-segan... jika dibandingkan dengan peramugari PIA (Pakistan international Airline) yang juga memakai tradisi mereka tanpa sebarang ubahsuai, baju + seluar + selendang.thats it. tiada pula ditukar seluar kepada kain, lalu dibelah atau di pendekkan baju, diketatkan di pinggang..TIADA! cool dowh pakai baju+seluar dalam flite, senang nak lari bila emergency..heheh .

ok, back kepada point tentang baju kurung atau baju melayu yang aku rasa sama-sama hanya dijadikan baju 'acara tahunan'. baju kurung ini lazim dipakai setiap kali sambutan aidilFitri/aidil adha. paling tidak pun digunapakai oleh pekerja kerajaan yang wajib memakai baju tradisi bercorak batik setiap hari khamis. atau paling tidak dipakai setiap hari oleh pelajar sekolah kerana itu adalah uniform. paling tidak pun dijadikan baju khas untuk melawat Ibu mertua,pergi ke kursus pra-perkahwinan bagi menampakkan imej sopan, mengutip derma orang ramai, atau dipakai di Majlis kenduri... sedarkah kita duduk berdiri baju kurung ini? ..

sudahlah tidak mengenakan baju tradisional setiap hari, baju kurung yang jarang dipakai itu diubah suai pula mengikut selera modenisasi hingga tujuan baju kurung yang dicipta dahulu untuk 'mengurung' anggota badan jadi 'membalut' anggota badan. ada yang ditambah dengan kain jarang/nipis di lengan, ade yang dibelah kainnya, ade yang diketatkan di pinggul, ada yang di ketatkan di dada ,..(macam macam ada) menyebabkan aku merasa ini suatu pencemaran kepada warisan baju kurung tradisi kita. tidaklah aku membenci budaya moden dan terkini, tetapi budaya islam itu amat perlu diadaptasikan dalam setiap hal seharian kita. walhal, jika dikaji, dahulu sememangnya baju tradisi kita yang kebanyakannnya diambil dari Riau (baju kurung labuh, berpesak dsb) ini sememangnya 'mengurung' badan tetapi entah pada zaman bila (around tahun 1600 kot), tiba-tiba baju kurung kita yang mula dipengaruhi Jawa, Sunda, Bali etc etc , menghasilkan baju tradisi 'kebaya' diperkenalkan. Dengan kedatangan islam, revolusi baju kurung/kebaya yang pada zaman dahulunya, berkain belah, berkebaya pendek telah diasimilasikan dengan busana islam yang kembali lebih menutup (mengurung) anggota badan. hinggalah akhiranya, baju kurung melayu diangkat sebagai baju kurung tradisi masyarakat melayu secara umum, manakala, kebaya pula sering dikaitkan dengan keturunan BabaNyonya yang mana membuktikan kedatangan islam itu memberi impak dalam berpakaian kepada kita.


3-bukanlah aku ini pakar sejarah, hendak menentukan baju kurung jenis apa yang sebenarnya menjadi tradisi kita..apatah lagi ditambah isu 'samada Malaysia ini dijajah atau tidak' menyebabkan aku makin bingung membaca fakta sejarah dan semakin mudah meragui sesuatu fakta. hendak mencari banyak sumber juga aku takut, takut membuang masa belajar sejarah seperti sedari usia sekolah rendah hingga ke universiti yang akhirnya palsu kerana malaysia tidak dijajah..........

mungkin teori 'kilt' (pakaian tradisi scottish) berasal daripada Sampin yang diseksikan akan terjawab jika aku rajin mengkaji. entah.. mungkin...

apa pun begitu, aku berharap agar baju kurung yang ku kenal sedari kecil akan terus tidak dicemari fesyen2 modern yang tidak menepati syariat. hendak berfesyen itu tidaklah salah, tapi jangan syariat dikesampingkan.. betul tak?

moga kita tergolong dari kalangan yang 'mengurung' anggota bukan sekadar membalut anggota. tidak kiralah dengan berbaju kurung, baju seluar, baju cekak musang, cheongsam, jubah,berbaju kedah, berkain batik, berserban, bertelekung, berkaftan bertudung, berselendang, berShawl Syria, bertudung Yuna mahupun bertudung saji sekali pun.. amiiin Ya Rabb


wallahu'alam

p/s aku time sjrh sll tido je.ni kalau cikgu sjrh aku bc kompem terharu nangis2...haha.. btw, ni apa yang aku rasa, fikir, perhati..tidak perlu marah jika anda tidak setuju.boleh dibahas dengan akal yang waras (tapi ,korg pun tau aku defensive kan) hahahah


selamat hari raya

maaf zahir batin (ni betul betul minta maaf ni)

assalamualaikum

JOM PAKAI BAJU KURUNG yang betul2 Mengurung!

Monday, January 10, 2011

selamat tinggal 2010 dan 2011 yang belum pasti

jan - april 2010- aku praktikal di firm arkitek. alhamdulillah, firm yang menyediakan ruang solat , bos yang baik dan islamik (solat, tidak kedekut, baik hati etc..n bujang..haha..kot2 la ade sesape nak try?) rakan sekerja pun terbaik! alhamdulillah ditemukan dengan manusia yang tidak kedekut ilmu .tq semua.

bekerja di firm akitek banyak membuka mata. aku tahu mana medium2 utk merasuah jika projek tidak lulus (tapi firm aku x buat rasuah2 ni)..aku tau kenapa projek ni terbengkalai.aku tahu banyak rahsia2 yg kalau diReveal hanya memalukan kerajaan.aku jd lebih banyak tahu n aku tahu banyak lagi yang aku tidak tahu.. ya Allah, bukakanlah mata orang2 johor esp untuk memperjuangkan n menerima islam.amiiin..cukup2lah kontraktor menipu bahan, bomba tipu requirement, majlis pun nak menipu..kenapa kita redha hidup dalam dunia ini? pening juga kerja di firm yang ikhlas dan tidak menipu....huhuhu..

n ye..sultan johor mangkat..so kena berkabung..1st time aku berkabung..biasalah,sultan2 ni kn idop lama..orang2 baik kan banyak mati cepat..stess gak berkabung ni..pic here http://www.facebook.com/album.php?aid=46637&id=1538928641 ..'berkabung erti cinta atau takut? http://www.facebook.com/note.php?note_id=279715686195

mei 2010- alfatih dan hazim dilahirkan. sebagai 1 n only 'makcik'. macam biasa, aku pun berhenti kerja kat opis n mula kerja sebagai bibik menjaga kak maryam yang dalam pantang lepas bersalin. kena masak lauk org bersalin.maka, aku telah mendevelop skill untuk menjadi emak mertua (in case menantu or anak aku bersalin nanti)..selain skill menjaga baby, dan skill memekakkan telinga malam2 buta kalau baby melalak..hahaha..kadang2 mls gak nak layan..penat kot..jahatnye aku! http://www.facebook.com/album.php?aid=84721&id=1538928641

skill berlakon sebagai doctor, fisio, housemen or apa2 sahaja yang boleh buat aku berjaya masuk ke wad ICU khas untuk bayi (mak bapak je boleh masuk) juga di develop. alhamdulillah tak kantoi <--boleh ke aku guna alhmdllh? tapi ini bukti betapa loose nye sistem sekuriti hospital.kalau aku orang jahat.mudah aje ak nak curi baby2 tu..hmmmm

end of mei- mek (kucing) aku pun lahirkan 6 ekor baby yg sht. rase sedih sebab masa tu aku di penang menjaga alfatih. n dapat sms drpd umi 'mek dah selamat beranak. mommy n babies sehat' . ak sedih sebab bukan ak yg menyambut kelahiran anak2 mek. entah la...http://www.facebook.com/album.php?aid=62090&id=1538928641 maybe sebab aku yg jaga mek.aku bw mek g klinik klo dia sakit. aku bg dia makan ubat hari2 time dia selesema. aku cek kalau2 di cirit birit. aku bg makan n aku mandikan mek tiap2 bulan..sebab tu aku sayang mek kot..hehehe.. (aku dan adik beradik aku la..bukan aku sorang)

jun-july-ogos- kehidupan seperti biasa, , sama2 kami 3 beradik (aku, esan n sapit ) bergilir2 menjaga hazim. boleh dikatakan, ini memang antara cabaran menguji keteguhan iman n ketabahan hati menerima ketentuan Allah. apa2 pun, famili adalah nyawa.sedikit yang dicubit, pasti akan sakit seluruh anggota.. INI ANTARA ujian yang paling mematangkan hidup aku. rasa 'kebersamaan' antra famili diuji Allah .. 'duit boleh dicari, tapi masa that we spent together tu susah nak dapat semula. so better appreciate it before its too late'..aku perhati hazim sangat suke jika didukung oleh uncle Tet.mungkin sebab empuk dan uncle tet sangat macho. hehe..

dalam tempoh setahun di malaysia, banyak aktiviti nisa' yg aku join.usrah, masuk kpg keluar kpg, hari sukan tadika dll..terbaik r nisa' ..read further.. http://www.facebook.com/note.php?note_id=325740671195 pic here http://www.facebook.com/album.php?aid=49235&id=1538928641

september- october-november- here i am . back in aberdeen..n sambung kembali tugas2 sbg pelajar. nothing special..cume yg menarik, aku jadi makcik kantin jual makanan kat uni aku hampir setiap hari.agak penat tapi aku ok je demi duit! hahaha.. http://www.facebook.com/album.php?aid=87596&id=1538928641dalam usaha mencari duit banyak2 nk melepak kat mesir summer ni (bior lebih terbakar dr biasa)..muslimat, sape nk join? jom!

disember- ini 1st time aku 'sambut' tahun baru di UK.percaya atau tidak. 2008 aku balik msia n sambut tahun baru dalam flite dr malaysia-uk. 2009 pula aku sambut tahun baru d malaysia. so, ni 1st time aku rasa krismas , boxing day n new year di UK. n tahun baru ini sangat bermakna sebab aku sambut dengan insan2 seperjuangan, sematlamat..indahnya ukhwah jika berlandaskan islam..ya Allah, permudahkanlah urusan kami...

overall

2010 antara tahun yang paling banyak mengajar aku untuk lebih menjadi orang bersabar dan redha. juga tahun yang mengajar aku untuk 'husnu zhon' bertempat....

hidup itu lebih indah jika sentiasa bersangka baik dengan Allah.

kadang2 kita berdoa diberikan kekayaan dunia, tapi Allah memberikan kita kerja yang bertimbun tapi gaji nya besar..

kadang2 kita berdoa diberikan kerajinan dalam menuntut ilmu, maka Allah berikan kita lecturer yang x putus2 memberikan assignment.

kadang2 kita berdoa supaya menjadi lebih pemurah, jimat n rational dalam berbelanja, Allah uji kita dengan duit kita dicuri. mungkin kalau duit tidak dicuri, kita pun membeli benda bukan2, kan?

semua yang berlaku ade sebab dan either kita mengambil yang positif2 nya atau tidak. <--pesanan penting untuk aku yang sering mengeluh..

fasobrun jameeel!

so azam tahun baru adalah berikut:

'20:68 yes! i am! and i will!!!!'

husna SANGAT Suka Study!

fuh fuh fuh.....amiiin

p/s untuk membe2 yang tengah nak mengHapal notes(notes belaja, bukan notes FB) tu.. jgn lupa baca 'sanukri'uka fala tansa'..moga Allah yang akan membacakan nota2 utk kita di hari exam nnt! gambatte!!

n oh yeah..byk membe2 skola rendah n menengah kawin...so, mabruk alaik!!.moge berbahgia..aku<--jgn harap r..aku nampak duit je skrg ni..lain2 x lagi

Sunday, November 28, 2010

membezakan antara memberi pancing, umpan, dan ikan

salam

rasanya terlalu lama aku tidak menulis notes yang berguna dan berfaedah.terlalu busy membaca kenangan zaman lampau dalam notes2 yang dulu. tergelak sendiri membaca karya sendiri..cukup untuk menghilangkan stress daripada kekalutan study dan kesibukan duniawi..


aku tidak mahu menulis panjang. cuma, merasa ingin menulis sesuatu yang ku kira lanjutan daripada post 'erti matang atau tidak'. (http://www.facebook.com/note.php?note_id=447692191195)


sebagai seorang yang pernah merasa menjadi junior , yang masih mentatih lembab arus senior, aku cuba menjadi manusia berguna. personally,pada pendapat aku, aku bukanlah seorang senior yang menjadi Favourite bagi adik2 junior dan aku tidak mahu menjadi satu. aku tidak mahu menjadi akak2 yang tipikal, yang bukan main berusaha meminang hati adik2 ..kalah meminang hati mak metua


aku lebih memilih untuk memberikan pancing daripada umpan atau ikan. aku tidak nampak lojik untuk memanjakan adik2 tak bertempat.aku tidak katakan pilihan aku ni terbaik, tepat, terbagus..tapi inilah yang aku pilih..


sebagai contoh situasi:


situasi 1

junior :akak, macam mana nak buat ni? design saya ni, macam mana ye?


senior 1 : oh, kalau aku , aku buat macam ni..bla bla bla sambil menolong mendesign dan menSurf internet bersama2 untuk menunjukkan kredibiliti sebagai senior yang konon serba tahu

senior 2:oh, macam ni..ko tengok buku ni. cuba ko baca buku aku ni. pastu ko derive la apa2 yang best .

senior 3: oh, ha..aku tau..kat library ade buku sebijik pasal design ko. ko g cari kat library la ye.tajuk dia x silap aku 'norman Foster and modern building'. aku baru je pulang buku tu hari tu. lepas tu, alang2 ko dh g library tu.ko cek gak buku architect bla bla bla..maybe leh tolong ko lagi..

senior 4: kisah apa aku, aku dulu masa jadi junior, takde pun tanya orang.sebab aku 1st batch, takde senior pun nak tolong.


aku tidak melihat situasi pertama sesuai dengan aku kerana aku tend untuk memberi pancing(situasi ke3) or umpan (situasi 2, depends) instead of memberi ikan(situasi 1) . aku tidaklah mengatakan SALAH untuk memberi, tapi there should be a clear borderline between mengAJAR n MeMANJAkan..



situasi ke 2

junior: akak, saya nak pergi London la.nak pergi program kite tu..camne nak cari tiket ea?


senior 1: ko nak g bile? meh aku belikan.meh detail2 ko nak bertolak kul bape, nak g dari mana? berapa orang..ala, jangan risaulah, meh aku organize semua..railcard ko dah ade belum? klo belum, esok aku teman ko g railway station.kite buat railcard,jimat sikit pejalanan nanti.esok lepas kelas kite g same2 la ye.pastu nanti pasport semua tu kena buat copy.kalau xd copy lg, meh bagi aku,esok aku photostat kan.


senior 2:oh. macam ni. ko tengok website ni ha.nak beli, bli kt sini la. sambil si senior dok tolong sama membelikan untuk junior.railcard ko dah buat belum? esok kite pegi sekali la railway sttn utk buat railcard.akunye pun dah expired.jangan lupa photostat pasport


senior 3: oh, hmm..ko tengok website2 ni, ko tengok mana yang paling best offer dia. ko beli je.pastu, klo nak lagi murah.ko buat railcard.ko g railway sttn yg kat town tu.nanti sebelum g sttn, search r kat intenet siap2. kang sesat.n document2 macam pasport dia nak copy untuk buat railcard nanti.



again, aku memilih untuk menjadi senior ke 3 or maybe ke 2 (untuk junior yang sampai ke uk tak sampai seminggu).aku tidak mengheret junior aku ke train station semata-mata nak ajar dia buat railcard.aku gak tidak akan sesekali membelikan tiket2 untuk mereka, instead of menAJAR macam mana nak membeli tiket online.aku tidak nampak mengapa orang lain sibuk melayan junior2 ni hingga ada yang terlalu tidak berdikari...


situasi ke 3


junior: akak, saya tak reti la nak pergi ke kelas ni.hari ni kat tempat lain la.kena naik bus


senior 1: kat ne? takpe, esok pagi pagi aku hantakan ko. aku pun kelas mula kul 11,sempat je pagi2 tu hanta ko kejap.(pastu patah balik berkilo-kilo meter n bekejar2 ke klas dia sendiri)

senior 2: oh, meh sini aku tunjukkan.ko tengok kat web ni.ade bus no bla bla bla.ko g tengok situ. amik bus no 9.pukul 750pagi.nanti dalam kul 830 sampai la. (sambil si senior sibuk menggodek2 komputer menolong search tempat kelas untuk adik junior tersebut)yg si junior tengok2 sambil makan plak tu

senior 3:oh, ni ha.ko naik bus no 4 xsilap ak.jadual bus ko tgk kt web ni.pastu, ko search la kat google siap2 tempat tu.tengok street view.so that, ko tau bile ko nak benti turun bus.kang terlepas plak


dan sekali lagi, aku memilih menjadi senior ke 3..explanation? seperti yang di atas..


AGAIN! as i said earlier, 'there should be a CLEAR borderline between mengAJAR n MeMANJAkan..'


MENJAGA HATI bukan MEMANJAKAN HATI

iyelah, siapa yang tidak suka kepada akak2, abang2 yang baik hati.suke tolong.sentiasa menjadi YES MAN! untuk setiap pertanyaan n pertolongan yang diminta.siapa yang tidak suke disayangi n dibelai ,apatah lagi tatkala jauh dari keluarga di perantauan. (tapi personally, aku tidak suke, rimas, rasa serabut n rasa macam orang meyibuk hal aku plak)


menjaga hati bukanlah bermakna memanjakan hati. aku merasa cukup aku memProvide diri aku jika korang menghadapi masalah, menjadi pendengar dan penyelesai jika mampu. aku tidak mampu untuk memanjakan seperit akak2 lain (mak ayah aku pun tak manjakan aku macam ni)... sejauh mana sesuatu act tu dikira memanjakan? ini, tanya balik pada diri sendiri..aku juga pernah menjadi junior n aku suke hanya bertanya jika benar2 tidak tahu (gagal mencari jawapan sndiri)



jika ditanya balik..apa yang korang dapat ?selain mendapat kasih sayang tak berbelah bahagi oleh akak2 tersebut.tapi? adakah ko akan menDevelop survival skills? or tempoh 3minggu masih belum menjadikan anda perlu cukup padu dengan ilmu2 di sini? siapa yang ada ilmu cukup? sejauh manakah kita cukup berani untuk berdepan segala kemungkinan?atau kita masih mahu terus berlindung disebalik keOtai-an senior2?tidak mahu membuat keputusan sendiri?rela menjadi pak turut dan diangkut ke hulu ke hilir?jika akak2 itu mati , balik msia ..maka, junior2 pun mati kah?


jika kau (junior2) pula menjadi senior..

adakah kau juga akan betindak seperti akak2 itu? maka, aku tidak mengExpect yang lain2 daripada produk yang balik ke malaysia..

aku tidak mengharap yang tinggi..cukupla mengharap kepada manusia yang mampu berdikari, mengAdapt suasana, berfikiran matang, berAksi bertempat, yang paling penting, BEROTAK dan menggunakan OTAK dan AKAL yg dianugerah tuhan.


bukan aku tidak mahu menolong,apatah lagi sombong daripada pertolongan orang lain..tapi, ingat! ada masa, kita perlu PAKSA DIRI bukan MANJA DIRI untuk menjadi lebih baik...memang ada perkara kita tidak mampu buat seorang, tatkala itu pertolongan sahabat, senior, junior amat dihargai...


kita memang boleh menjadi hamba Allah yang berkepuk-kepuk ayat alquran di dalam dada, yang penuh otak dengan hadith2 dan hujahnye, yang bukan main tidak pernah tinggal qimullail dan solat2 sunat..

tapi sejauh manakah kita mampu menjadi mukmin yang bermanfaat kepada mukmin lain? mukmin yang berwaspada, bertolongan, berdikari ,...bab ni aku taknak elaborate panjang kerana aku yakin, korang lebih pandai lagi bab bab ini...siapalah aku untuk menghujah hadith2 semua


sejujurnya aku kagum dengan senior2 yang betah melayan junior2 to That extent!.gua memang solute lu beb!. tapi, jika si senior rasa sangat mampu meMANJAkan adik2 begitu, maka mampu jugakkanlah diri itu menjaga daripada sibuk bercakap belakang, mengeluh kepenatan membelai adik2 demi menjaga hati..jika anda senior yang membelai, maka Redholah atas sikap diri sendiri yang tidak mahu memberi pancing demi menjaga hati (takut adik2 lari). maaf, aku tak faham kenapa ada sesetengah senior yang tidak puas hati atas kemanjaan junior, tapi masih melayan gembira di depannya. just said it out loud ' ko ni manja sangat.semua kena orang buatkan!aku penat melayan kau.boleh tak ko berdikari?belajar?boleh x..aaarrghhhhh (in a good and manners way la)


yang junior plak..tak usahlah gembira atas 'belaian' ala2 tulus ikhlas daripada senior.sebaliknya, cuba la menjadi manusia yang lebih mahu meperbaik diri..aku tidaklah katakan senior2 ni tidak ikhlas 'menjaga' anda.tapi, sampai bila anda nak dijaga sebegitu?


so..sekarang ..mari kita menilai diri kita


adakah kita selalu menjadi orang yang MEMBERI pancing, MEMBERI umpan atau MEMBERI ikan..


or


kita sering menjadi orang yang MENERIMA pancing, MENERIMA umpan atau MENERIMA ikan..



jom kita bersama lebih banyak memberi..dan bersama menerima yang patut2 sahaja..jom berubah!


--tangan yg memberi, lbih baik drpd tgn yg menerima-


akhirul kalam, maaflah jika aku bukan seorang senior yang berguna untuk junior2..harap maaf....aku tidak mampu menjadi seperti itu..



wallahu'alam


p/s this post was created long time ago, yet i just posted it today.i am sorry if it might offended anyone as my intention is none other than that to share my small opinions. thanks for reading!

btw, bab2 'memancing' aku pun tak reti.hahaha