peMakLuMAn daa....

aDelah Ini DiumuMkaN bAhAWasAnYa adaLAH tAK dibEnarKAN seBarAng AyaT yAng BeruNSur Lucah, CaRut, CaCi-Maki yaNg BleH mENiMbULKAan iSU KePadA BanGSa, AgaMa, NeGara daN Kata2 Yang SamE WaktUNya MelaInKaN DaRiPaDa TauKe BLOg sEnDiRi...... HarAp SemuA PeLaWat DapAt MeMaTuHI perATUraN SuCi ini......Idop Budi BAHasa...
budi bahasa, budaya kita!

boycott la wei...

http://inminds.co.uk/boycott-brands.html

Sunday, November 28, 2010

membezakan antara memberi pancing, umpan, dan ikan

salam

rasanya terlalu lama aku tidak menulis notes yang berguna dan berfaedah.terlalu busy membaca kenangan zaman lampau dalam notes2 yang dulu. tergelak sendiri membaca karya sendiri..cukup untuk menghilangkan stress daripada kekalutan study dan kesibukan duniawi..


aku tidak mahu menulis panjang. cuma, merasa ingin menulis sesuatu yang ku kira lanjutan daripada post 'erti matang atau tidak'. (http://www.facebook.com/note.php?note_id=447692191195)


sebagai seorang yang pernah merasa menjadi junior , yang masih mentatih lembab arus senior, aku cuba menjadi manusia berguna. personally,pada pendapat aku, aku bukanlah seorang senior yang menjadi Favourite bagi adik2 junior dan aku tidak mahu menjadi satu. aku tidak mahu menjadi akak2 yang tipikal, yang bukan main berusaha meminang hati adik2 ..kalah meminang hati mak metua


aku lebih memilih untuk memberikan pancing daripada umpan atau ikan. aku tidak nampak lojik untuk memanjakan adik2 tak bertempat.aku tidak katakan pilihan aku ni terbaik, tepat, terbagus..tapi inilah yang aku pilih..


sebagai contoh situasi:


situasi 1

junior :akak, macam mana nak buat ni? design saya ni, macam mana ye?


senior 1 : oh, kalau aku , aku buat macam ni..bla bla bla sambil menolong mendesign dan menSurf internet bersama2 untuk menunjukkan kredibiliti sebagai senior yang konon serba tahu

senior 2:oh, macam ni..ko tengok buku ni. cuba ko baca buku aku ni. pastu ko derive la apa2 yang best .

senior 3: oh, ha..aku tau..kat library ade buku sebijik pasal design ko. ko g cari kat library la ye.tajuk dia x silap aku 'norman Foster and modern building'. aku baru je pulang buku tu hari tu. lepas tu, alang2 ko dh g library tu.ko cek gak buku architect bla bla bla..maybe leh tolong ko lagi..

senior 4: kisah apa aku, aku dulu masa jadi junior, takde pun tanya orang.sebab aku 1st batch, takde senior pun nak tolong.


aku tidak melihat situasi pertama sesuai dengan aku kerana aku tend untuk memberi pancing(situasi ke3) or umpan (situasi 2, depends) instead of memberi ikan(situasi 1) . aku tidaklah mengatakan SALAH untuk memberi, tapi there should be a clear borderline between mengAJAR n MeMANJAkan..



situasi ke 2

junior: akak, saya nak pergi London la.nak pergi program kite tu..camne nak cari tiket ea?


senior 1: ko nak g bile? meh aku belikan.meh detail2 ko nak bertolak kul bape, nak g dari mana? berapa orang..ala, jangan risaulah, meh aku organize semua..railcard ko dah ade belum? klo belum, esok aku teman ko g railway station.kite buat railcard,jimat sikit pejalanan nanti.esok lepas kelas kite g same2 la ye.pastu nanti pasport semua tu kena buat copy.kalau xd copy lg, meh bagi aku,esok aku photostat kan.


senior 2:oh. macam ni. ko tengok website ni ha.nak beli, bli kt sini la. sambil si senior dok tolong sama membelikan untuk junior.railcard ko dah buat belum? esok kite pegi sekali la railway sttn utk buat railcard.akunye pun dah expired.jangan lupa photostat pasport


senior 3: oh, hmm..ko tengok website2 ni, ko tengok mana yang paling best offer dia. ko beli je.pastu, klo nak lagi murah.ko buat railcard.ko g railway sttn yg kat town tu.nanti sebelum g sttn, search r kat intenet siap2. kang sesat.n document2 macam pasport dia nak copy untuk buat railcard nanti.



again, aku memilih untuk menjadi senior ke 3 or maybe ke 2 (untuk junior yang sampai ke uk tak sampai seminggu).aku tidak mengheret junior aku ke train station semata-mata nak ajar dia buat railcard.aku gak tidak akan sesekali membelikan tiket2 untuk mereka, instead of menAJAR macam mana nak membeli tiket online.aku tidak nampak mengapa orang lain sibuk melayan junior2 ni hingga ada yang terlalu tidak berdikari...


situasi ke 3


junior: akak, saya tak reti la nak pergi ke kelas ni.hari ni kat tempat lain la.kena naik bus


senior 1: kat ne? takpe, esok pagi pagi aku hantakan ko. aku pun kelas mula kul 11,sempat je pagi2 tu hanta ko kejap.(pastu patah balik berkilo-kilo meter n bekejar2 ke klas dia sendiri)

senior 2: oh, meh sini aku tunjukkan.ko tengok kat web ni.ade bus no bla bla bla.ko g tengok situ. amik bus no 9.pukul 750pagi.nanti dalam kul 830 sampai la. (sambil si senior sibuk menggodek2 komputer menolong search tempat kelas untuk adik junior tersebut)yg si junior tengok2 sambil makan plak tu

senior 3:oh, ni ha.ko naik bus no 4 xsilap ak.jadual bus ko tgk kt web ni.pastu, ko search la kat google siap2 tempat tu.tengok street view.so that, ko tau bile ko nak benti turun bus.kang terlepas plak


dan sekali lagi, aku memilih menjadi senior ke 3..explanation? seperti yang di atas..


AGAIN! as i said earlier, 'there should be a CLEAR borderline between mengAJAR n MeMANJAkan..'


MENJAGA HATI bukan MEMANJAKAN HATI

iyelah, siapa yang tidak suka kepada akak2, abang2 yang baik hati.suke tolong.sentiasa menjadi YES MAN! untuk setiap pertanyaan n pertolongan yang diminta.siapa yang tidak suke disayangi n dibelai ,apatah lagi tatkala jauh dari keluarga di perantauan. (tapi personally, aku tidak suke, rimas, rasa serabut n rasa macam orang meyibuk hal aku plak)


menjaga hati bukanlah bermakna memanjakan hati. aku merasa cukup aku memProvide diri aku jika korang menghadapi masalah, menjadi pendengar dan penyelesai jika mampu. aku tidak mampu untuk memanjakan seperit akak2 lain (mak ayah aku pun tak manjakan aku macam ni)... sejauh mana sesuatu act tu dikira memanjakan? ini, tanya balik pada diri sendiri..aku juga pernah menjadi junior n aku suke hanya bertanya jika benar2 tidak tahu (gagal mencari jawapan sndiri)



jika ditanya balik..apa yang korang dapat ?selain mendapat kasih sayang tak berbelah bahagi oleh akak2 tersebut.tapi? adakah ko akan menDevelop survival skills? or tempoh 3minggu masih belum menjadikan anda perlu cukup padu dengan ilmu2 di sini? siapa yang ada ilmu cukup? sejauh manakah kita cukup berani untuk berdepan segala kemungkinan?atau kita masih mahu terus berlindung disebalik keOtai-an senior2?tidak mahu membuat keputusan sendiri?rela menjadi pak turut dan diangkut ke hulu ke hilir?jika akak2 itu mati , balik msia ..maka, junior2 pun mati kah?


jika kau (junior2) pula menjadi senior..

adakah kau juga akan betindak seperti akak2 itu? maka, aku tidak mengExpect yang lain2 daripada produk yang balik ke malaysia..

aku tidak mengharap yang tinggi..cukupla mengharap kepada manusia yang mampu berdikari, mengAdapt suasana, berfikiran matang, berAksi bertempat, yang paling penting, BEROTAK dan menggunakan OTAK dan AKAL yg dianugerah tuhan.


bukan aku tidak mahu menolong,apatah lagi sombong daripada pertolongan orang lain..tapi, ingat! ada masa, kita perlu PAKSA DIRI bukan MANJA DIRI untuk menjadi lebih baik...memang ada perkara kita tidak mampu buat seorang, tatkala itu pertolongan sahabat, senior, junior amat dihargai...


kita memang boleh menjadi hamba Allah yang berkepuk-kepuk ayat alquran di dalam dada, yang penuh otak dengan hadith2 dan hujahnye, yang bukan main tidak pernah tinggal qimullail dan solat2 sunat..

tapi sejauh manakah kita mampu menjadi mukmin yang bermanfaat kepada mukmin lain? mukmin yang berwaspada, bertolongan, berdikari ,...bab ni aku taknak elaborate panjang kerana aku yakin, korang lebih pandai lagi bab bab ini...siapalah aku untuk menghujah hadith2 semua


sejujurnya aku kagum dengan senior2 yang betah melayan junior2 to That extent!.gua memang solute lu beb!. tapi, jika si senior rasa sangat mampu meMANJAkan adik2 begitu, maka mampu jugakkanlah diri itu menjaga daripada sibuk bercakap belakang, mengeluh kepenatan membelai adik2 demi menjaga hati..jika anda senior yang membelai, maka Redholah atas sikap diri sendiri yang tidak mahu memberi pancing demi menjaga hati (takut adik2 lari). maaf, aku tak faham kenapa ada sesetengah senior yang tidak puas hati atas kemanjaan junior, tapi masih melayan gembira di depannya. just said it out loud ' ko ni manja sangat.semua kena orang buatkan!aku penat melayan kau.boleh tak ko berdikari?belajar?boleh x..aaarrghhhhh (in a good and manners way la)


yang junior plak..tak usahlah gembira atas 'belaian' ala2 tulus ikhlas daripada senior.sebaliknya, cuba la menjadi manusia yang lebih mahu meperbaik diri..aku tidaklah katakan senior2 ni tidak ikhlas 'menjaga' anda.tapi, sampai bila anda nak dijaga sebegitu?


so..sekarang ..mari kita menilai diri kita


adakah kita selalu menjadi orang yang MEMBERI pancing, MEMBERI umpan atau MEMBERI ikan..


or


kita sering menjadi orang yang MENERIMA pancing, MENERIMA umpan atau MENERIMA ikan..



jom kita bersama lebih banyak memberi..dan bersama menerima yang patut2 sahaja..jom berubah!


--tangan yg memberi, lbih baik drpd tgn yg menerima-


akhirul kalam, maaflah jika aku bukan seorang senior yang berguna untuk junior2..harap maaf....aku tidak mampu menjadi seperti itu..



wallahu'alam


p/s this post was created long time ago, yet i just posted it today.i am sorry if it might offended anyone as my intention is none other than that to share my small opinions. thanks for reading!

btw, bab2 'memancing' aku pun tak reti.hahaha

Wednesday, November 24, 2010

kisah2 dalam hidupku (animal edition)

salam n salam 1msia to all..salam 1uk gak la..dah dok uk..kot2 ade scottish yg nak ngorat aku baca post ni ke..haha

lama aku tak tulis pasal kisah2 dalam hidupku..agakla..belum cukup bosan or stress untuk menulis...selalu aku tulis post ngarut2 ni night before submission..so, pepaham la yek..esok aku ade big thing coming on..sbb tu la aku tulis ni..sambung dari part yg dulu..kali ni nak cakap pasal binatang2 aje


bismillah ar rahman ar rahim


seingat2 aku...ayah aku ni memang pencinta binatang,selain mencinta BINti mohd.Noor....banyak gak pet kitorang pernah bela dari kecik sampai besar...


98- kucing hitam..masa aku kecik, rumah kat kl..ni kucing kesayangan akak aku..mati kena langgar kot..ak takleh elaborate panjang pasal kucing ni coz sure sure la aku umo xsampai setahun..klo ak tulis, sah la aku exaggerate lebaih2 macam aku cakap kucing aku ni ade kuasa super saiya ke..ye dak?


99- ikan- ha..aku rasa bela ikan bosan gile..kitorang nye famili lak takde nak bela ikan emas ke apa ke..bela ikan yang otai2 je..sepat, puyu, sepat emas, kaloi..semua ikan sungai ..ikan puyu la paling otai..kalau kita tak tutup akuarium betul2..nanti dorang lompat keluar.nasib la kalau kita terdengar bunyi macam ade mende menggelepur...tau la ade ikan puyu lompat kuar...last2 banyak mati suicide macam tu...


100- tupai- yang ni kitorang bela adalah seminggu..ke lebih? 2 ekor..adik beradik..baby lagi..amik kat skola rendah hidayah, bawa balik rumah, masa tu musolla hidayah kena renovate..budak2 srih, korang ingat tak? abang aku,ihsan yang pencinta binatang ni pun bawa balik la...bagi dorang minum susu dengan botol susu kecik..dorang suke main lumba lari..kitorang pun sngat excited..tapi yang si adik tu suke tido je..bile tido masuk uncang..ala....comel je...pastu..bile si adik mati..esok lusanya, si abang lak mati..rasanya dorang rindu mak dorang la..tapi nak buat macam mana. mak dorang tak datang amik dorang (ini kes buang bayi ye , bukan kami culik bayi ini!)


101- burung hantu- ni kira macam bela ke? masa tu pagi pagi nak g skola rendah..tetibe terkejut, ada burung hantu dalam kasut..ala..kecik je..anak burung hantu la kan..dia dok diam je..macam tak berapa sihat..tapi sangat comel n baik je..so kitorg pun jaga dia sampai sehat dalam sminggu jugak la.,..pastu dia blah...sempat gak la dia tunaikan 3 permintaan aku : 1-nak jadi kaya raya , 2-nak 9a pmr, 3-nak dapat laptop bile umur 18tahun..aku lupa nak minta dia doakan aku dapat spm aku semua A, sebab tu SPM hancus...ahahahaha ....


102- labi-labi..ha,..aku ingat lagi, masa umur 5-6 tahun...tengah kitorang kemas laman rumah..tetibe ade labi2..terkejut..kitorang pun bela..semua orang excited...n memang kami ni sayang binatang la kot..ngan orang susah sikit nak sayang..hahaha..pastu, ntah mana la pegi labi labi ni...lantak ko la , labu.....pastu dah pindah dok kangkarpulai pun ade lagi labi-labi..kitorang bagi kat makcik enon,sebab rumah dia ade kolam..hehehehhee


103-arnab- kt rmh tmn sri putri gak la..jirang kitorang bela arnab..memang comel..tp bile anak arnab lahir je, yang bapak dia makan..terus aku tak suke bapak arnab..cis!


104-hamster-..yang ni asalnye hamster akak aku..nama bobo n cici..pastu akak ak dah malas nak jaaga (alasan nk fokus study), dia pun letak kt rmh minta kitorg jaga..bile kitorang jaga..mak ai..asyik beranak aje la...daripada 2 ekor..jadila nak dekat 40 ekor..sampai kitorg terpaksa buat carta organisasi famili hamster tu..sebab nak mengelakkan sumbang mahram ..ye r, sangkar kena asing jantan betina..klo boleh elakkan la anak2 duduk ngan ayah..sumbang mahram tu..so, kena letak ngan cousin2 je...hehe..sampai kitorang dah out of names nak bagi ke dorang ni..popeye la..bubu, bibi, baba..sume ade la..pastu..anak jiran sebelah tu suke lak hamster, rajin datang tengok hamster kt rmh aku..dorang panggil mak aku 'mama bobo'..sabo je r...bile dah banyak sangat..kitorang guna sangkar kucing la..campak semua kt situ...pastu dorang suke melarikan diri.paling best, kadang2 nak g mana2,..sarung je kasut..tengok2 ade hamster kat dalam..aku pun dah konpius..agaknye hamster aku ni dah bersepah2 pastu dah berGeng ngan tikus rumah aku..sebab tu aku tengok tikus kat rumah aku comel je..macam nak bela jugak..last2 kitorang bagi semua hamster ni kat pet shop..orang pet shop pun kagum ngan hamster 'u pandai bela bagi dia beranak ye?' hehehehehe


105-burung kenyalang- haaa..jangan terkejut..sape sape datang rumah aku..insyaAllah , almost every afternoon ade 2 ekor burung kenyalan datang ngeteh kat bumbung rumah aku..mula2 jakun gak r..besar tu....scary dowh...tapi laama2, dah imune dah..takyahlah g sabah sarawak brunei utk tgk..dtg rmh ak je..byrn rm2.00 dikenakan .n extra rm4.00 untuk melihat burung sambil menikmati lunch di wakaf rumah aku..HARAP MAKLUM


106-anjing- ha..ni sure aku tak pernah bela..tapi klo boleh, memang nak bela sbb comel n aktif..cuma tak nampak keperluannya n persepsi masyarakat...aku ingat lagi, abang aku ihsan amik anak anjing yang duduk bawah lori/kereta...masa tu kat rumah makcik midah..masa kecik2, walaupun tahu kena samak etc (ni pnjg nk bahas)..tapi tak rasa susah pun..dah pegang anjing, kitorg pun basuh je r tgn ngn air tnh..bukn sussh pun..mlayu je yg suke buat susah..pening !


107- ayam n anak2 ayam- jiran aku dulu bela ayam (jiran aku dh meninggal..alfatihah)..punya la geram aku tengok..selalu la rasa nak picit2..memang kejam la...tapi paling nyampah bile ayam masuk rumah..nanti dia berak keliling rumah..time ni semua jentera yang ade akan dikerah untuk mengejar ayam keliling rumah bagi dia keluar rumah..aku suke , time ni la macam2 strategi kena plan..supaya ayam tu keluar ikut pagar..sape takde pengalaman kejar ayam memang rugi la...best kot!


108-ular-hmmm,,,masa mula2 pindah kangkar pulai..memang ular selalu masuk..klo dah bagi salam 3 kali, dorang tak kluar..kitorang katok la..tapi kalau dorang blah...kitorang assume tu jin ular la kan..fuiyooo...macam aku balik msia aritu, aku bunuh 4 ke 5 ekor ular..time tu aku sorang aje kat rumah..bukan main ular tu menari-nari kat sink rumah aku..ular ni korang kena la identify..biasanya ular yang berwarna menarik perhatian..dorang berbisa...ular yang masuk rumah aku baru baru ni,warna hitam..size lak macam tali kasut je..takde le besar sangat kalau banding yang dulu2.cuma kena faham..ular besar atau kecik, kalau yang ada bisa, bisa dia sama je..jangan ingat ular kecik, bisa dia sikit plak...tapi lojiknye, ular2 ni kompem baru menetas dari telur..n kompem2 mak dia bertelur kat paip rumah aku..sebab tu dorang kluar kat sink..so..kena la bunuh ngan parang/pisau...berfikir2 gak banyak kali nak curah air panas kt lubang sink (bagi mati ular2 lain yang dalam sink yang masih belum kluar) tapi...kan ade hadith nabi tak bagi bunuh binatang ngan air panas..so, aku pun tuang la clorox...daripada 2 ekor kuar,..kuar lagi 3 ekor...haha..pening2 la tu kene clorox..aku pun katok lagi...senang hati..pastu, habis setengah botol clorox masuk lubang sink..harap2 xd apa la ye...hmmmm...sib baik aku ade time tu..klo xd, sure ular tu dh merayap 1 rumah...ish ish ish


109-MEK a.k.a kucing bijak...sib baik gak ade mek yang tere,..time nak bunuh tu..mek tolong pegang ular tu, aku katok..pandai kan mek ni? thumbs up la! mek gak kalau nak kencing ke..dia mesti masuk toilet..dia pandai...kaalau pintu toilet tutup, dia g kat kitorang n miau2..pastu kitorang bukakan pintu toilet..trus dia masuk kencing ngan berak..alhamdulillah, allah mudahkan urusan kitorang jaga mek...mek ni dikutip daripada hospital..so, bukanlah kucing mahal pun...mek aritu beranak 6 ekor...seekor mati cirit birit...seekor mati kena langgar ayah aku balik dr solat zuhur kt msjd (a week before ayah aku langgar burung, and he make jokes 'makin besar mende ayah langgar ni...huhuhu)...2 ekor bagi kt kak umi, n 2 ekor bagi kat kawan aku...n baru je minggu lepas, mek beranak lagi 6 ekor..ala mek ni..asyik beranak je..moga anak2 mek soleh n solehah mcm mek..


110-kilat a.k.a anak mek a.k.a kucing kesayangan aku..yang ni bagi kat kawan aku..banyak sebab aku sayang kilat ni sebab dia paling best (refer profile pic) dan dia paling pandai.ekor dia bengkok2 , sebab tu nama dia kilat..hihihi..yang paling aku ingat..masa tu si suci (adik beradik kilat yang sangat serupa ngan kilat, dorang besfren)..si suci ni tersepit kat pintu kereta, ayah tak perasan masa tutup pintu..tapi takde la injured, trauma aje...pastu, time tu aku takde kat rumah..adik aku sms btau yg suci tersepit.cepat2 kami balik.tengok2 si suci tu dok diam je..pasif je..macam menggigil mcm tu..aku pun balut kaki dia.tak tau mana kaki yang tersepit..2 2 kaki belakang aku balut..dia pun redho je..hahahah....yang best nye..kilat datang miau2 kat aku ..pastu tetibe kilat buat gaya jalan pencot pencot (tempang la)..dia macam imitate cara suci jalan...dia nak cerita yang suci tersepit pintu kete, thats why jadi jalan senget2..tekejut aku tengok kilat belakon tu..trus aku rasa mcm 'ala, sayangnye ko ni kat besfren ko ye..'....siap nak report lagi ...heheh..


overalll

banyak binatang dan pergi dalam idup aku sefamili..banyak binatang2 ni memberi pengajaran n menguji kesabaran...

lum kire lagi yang beruk, burung merpati, burung2 yang dilanggar n dirawat di rumah , itik jiran aku, ikan bilis kolam utm skudai, ikan laga, kucing kat rmh kl, lalat, nyamuk, kupu2, rama2 dan macam2 lagi la....


conclusion : moga amalan baik kami pada binatang ni, tak dilupakan..moga dorang doakan yang baik2 buat kami sekeluarga ..


p/s ular..ko jgn doa kitorg pelik2..korg yg masuk rmh aku, sape sruuh

Friday, October 29, 2010

erti matang atau tidak...

bismillahirrahmanirrahim..

semalam aku ditanya oleh seorang sahabat,

'husna, awak ni memang matang ea?'
'eh, yeke? nampak tua la ea..'
'bukanlah, macam perwatakan, pembawakan diri, macam kewibawaan la..memang nampak matang'
'yeke? aku rasa dia lagi matang, sambil menunjukkan ke arah sahabat aku yang duduk makan dihadapan dia.yang jauh lebih muda dari aku.'
'a ah, yelah.dia memang pun matang."

balik dari makan-makan itu, aku sibuk memikirkan..matang atau tidak..kayu ukur matang itu sendiri bagaimana?

lanjutan daripada karya mantap 'kita terlalu lama menjadi kanak2' yang dipost oleh sahabat aku ( boleh lihat disini, http://www.facebook.com/home.php?#!/note.php?note_id=319290146359) satu karya simple yang aku kire memang boleh membuat kita tersedak, memikir kembali, adakah kita masih wajar di zaman itu atau patut mula memikir untuk bergerak, untuk bangkit memperbaiki diri..atau memang kite sudah di zaman matang kita?

abangku pernah cakap, seketika dia kembali dari solat berjemaah di masjid..
'kalau dulu, budak2 bawah 7 tahun duduk saf belakang. tapi sekarang , masjid terpaksa letak signboard 'budak bawah 15 tahun duduk di belakang,.. huh! budak-budak zaman sekarang ni makin tak MATANG!'

seakan terkejut, tapi respon ku hanya gelak..mungkin jika di lihat at d bright side 'at least mereka ke masjid'..tapi sejauh mana kita harus melihat begitu? kita patut melihat ini sebagai satu masalah ummat. ummat yang tak MATANG, buktinya di masjid hanyalah bermain, kalau solat pun main cilok2, sedangkan umur sudah layak berkahwin, bukan? ataupun nilai kematangan itu tidak diukur pada saf mana anda berada ketika solat di masjid?tapi kalau sebut budaya couple, seawal umur 5 tahun di tadika sekarang sudah pandai ingin berpasangan. maka, kenapa kita MATANG ke arah itu? ataupun itu bukti memang kita tidak MATANG?

boleh dikatakan kami dididik secara MATANG oleh ayah dan umi. aku tak nampak sedikit masalah pun untuk menjadi lebih MATANG berbanding rakan2 lain.sejak kecil, kami diberi peluang sebanyak mungkin untuk memilih hala tuju hidup kami, nak belajar apa, nak belajar di mana, nak ke sekolah atau tidak,..bebas..kami diberi hak untuk berfikir menentukan hidup kami. ayah dan umi tidak pernah memaksa untuk mengambil jurusan Senibina, malah sering terus memberikan galakan agar aku bersabar dan bertahan..jadi, adakah didikan ini yang mematangkan?
aku tidak pernah takut untuk memberitahu
'ayah, exam Fekah ini Fail lagi.'. teringat masa di kelas 2 Al-biruni, SRIH.
meraka tidak pernah pukul atas sebab2 markah exam teruk ataupun bermain hingga baju habis kotor,mandi sungai sambil buat pasu daripada tanah liat, merayap main buaian di rumah pakcik mahmood.. mahupun memanjat pokok bersama abang-abang aku..

'umi, hari ini tak nak pergi sekolah. nak dok rumah. nak ponteng , boleh x?' ujar aku ketika form 5, malas mahu ke sekolah SMKAJB...
pasti boleh sahaja jawapan umi ' ini masa depan husna, husna pilih.husna decide n remember what you did now will reflect your future, "ugutan kecil umi tetap gagal membuatku hadir ke sekolah..hehehe

adakah ini didikan yang mematangkan?ibu bapa berhak memaksa anak ke sekolah, ku rasa..tapi mungkin aku terlalu TIDAK MATANG dan mereka tidak mahu memaksa aku (paksa untuk jadi MATANG) supaya ke sekolah....mungkin, tatkala itu, aku sangatlah tidak MATANG sehingga mereka turutkan sahaja...

tapi, kalau keMATANGan itu boleh dididik di sekolah, tapi mengapa dunia masih begini? aku melihat ramai pelajar yang A SPM nye berkati-kati..tapi mereka juga tidak MATANG. kalau ade 50 pelajaran yang diambil untuk SPM, pasti 50 A jualah, tapi mereka juga masih tidak begitu cerdik membuat keputusan. maka, aku yakin, keMATANGan itu bukanlah hadiah didikan sekolah. ia samada kita mahu menggilap 'MATANG' side of our heart atau tidak.

seakan kecewa dengan kawan-kawan yang datang ke UK, dan buka akaun bank yang tidak menggunakan lloyds islamic (ataupun mana2 bank islamic lain seperti HSBC Amanah) dengan alasan :
'oh, tidak tahu pun ade islamic bank?'
ku rasa jawapan tidak MATANG itu tidak patut keluar daripada mulut pelajar yang SPM nye A berkilo-kilo.
'tidak tahu, maka tanya' ..mudah bukan?..
cuma aku teringat, saat kali pertama aku jejak kaki ke Aberdeen, esoknye, aku terus merayap seluruh Aberdeen, ke semua bank .daripada lloyds, RBS,BOS, hinggalah HSBC..aku tanyakan berkaitan islamic bank..dan aku dapat jawapan. adakah dengan memikirkan berapa banyak riba' yang akan tersimpan dalam account bank kita menjadi bukti bahawa kita ini seorang yang MATANG atau tidak? ataupun kita lebih layak digelar 'ignorant'? tiada senior pun yang memberitahu ,
'husna, kene buat ini, buat itu..bla bla bla..'..hampir semua ku figure out sendiri (kecuali masa 1st day smpai, kak najah amik kat airport, n beli barang dapur.tq)..adakah ini bukti aku MATANG?

quote paling best dari abang aku,zaki ;

'aik, dah hidup 20 tahun pun tak tahu, boleh makan banyak mana? ..
teguran hebat untuk mereka-mereka yang selalu makan tak habis, sedangkan sudah hidup 20 tahun, 23? 28?30?50 tahun? aku setuju, kalau kita sendiri tak tahu kita makan banyak mana, takkanlah orang lain tahu pula? maaf, aku memang tak boleh berkompromi dengan mereka yang suka menjadi saudara syaitan..adekah samada pinggan anda licin, atau tidak menjadi kayu ukur keMATANGan anda?..or aku terlalu judgemental?

antara orang paling matang yang aku kenal dalam dunia ini, pastinya kakak aku sendiri. beliau hebat menjaga hati orang, tidak mudah menyebabkan orang berkecil hati, malah mudah memaafkan orang lain, penyabar dalam melayan kerenah kami adik beradik. seawal usia darjah 2 (7 tahun) sudah menjaga kami adik beradik ketika umi ayah pergi ke mekah. mereka pergi mekah seawal pagi, kakakku mengejar kereta tersebut sambil menangis-nangis.tapi umi ayah tetap pergi.kakak buntu, lekas masuk ke rumah menjaga kami adik beradik.kemudian, datang pakcik nazri (moga Allah merahmati roh Allahyarham) menjaga kami adik beradik. ku rasa, kakak cepat matang, menjadikan dia seorang yang banyak berfikir sebelum bertindak. pun begitu, kakak juga pernah melalui pengalaman ketika belajar di Universiti, pengalaman yang ku kira, aku tidak mungkin melaluinya kerana aku pasti dapat mengelak!..tapi adakah pengalaman kakak ini, boleh menjadi bukti bahawa kakak juga TIDAK MATANG tika itu?

ataupun abangku ihsan,
aku lihat dia sangat matang terutama sejak balik bercuti dari australia menjaga tokwan. aku lihat dia jaga tokwan sebaik mungkin. aku pun tidak sebagus itu.dia memandikan tokwan, mengimamkan solat tokwan, membantu tokwan makan. bergerak dan semua lah..hingga semua ahli keluargaku brkata 'esan, sejak balik OZ ni..mmg MATANG btul! dah besarlah katakan' adakah kebolehupayaan anda menjaga orang tua menjadikan anda MATANG?


ku kira adik ku, syafiq agak lambat matang. menjadi anak bongsu MUNGKIN menjadikan individu lambat MATANG, mungkin...tapi, sekarang dia seorang yang MATANG. suka membantu, boleh membincangkan isu2 dunia hinggalah akhirat, berani, cuma..yelah. setiap orang ade 'childish part masing2 kan'


dalam keluargaku, aku bukanlah orang yang MATANG. selalu merajuk, mudah menangis dan pantang ditegur. ada sahaja perkara yang boleh membuat aku berkecil hati. hati keras, mudah membentak, dan banyak lagi sikap-sikap orang yang tidak MATANG ada pada aku..jadi, adakah imej ini MATANG yang dimaksudkan oleh kawanku?

adakah kemampuan anda untuk membicarakan isu semasa, isu politik, isu ekonomi ..bukti anda MATANG?
ataupun kemahiran anda berdebat, mempersembahkan idea, memikirkan jalan penyelesaian masalah adalah bukti anda MATANG?

cubalah kita hidup seperti di zaman sahabat, di mana setiap masa dihargai, dijadikan medan untuk mengUpgrade diri..semuda 6 tahun sudah berani dan matang..memikir strategi untuk membangkitkan islam..


kepada kawan-kawan yang belajar di overC, hargailah peluang ini. cubalah mematangkan diri sehabis mungkin..fikirlah orang yang tidak berpeluang untuk belajar di sini.ini adalah ujian, samada kita ingin berseronok dengan duit scholar (duit rakyat, hasil tax yang mak bapak kita bayar, balik msia, jangan tak balik lepas abis belajar!)

kepada kawan-kawan yang belajar di malaysia, anda juga banyak ku jumpa yang lebih MATANG daripada yang di UK. mungkin sebab anda berada di dunia realiti, realiti hidup mematangkan anda, mungkin..

juga kawan-kawan yang kukira kurang MATANG,...yang begitu banyak masa membincangkan isu-isu artis kawin lari, artis tak makan nasi sehari, artis itu ini..juga yang terlalu sibuk membeli pelbagai barang-barang perhiasan, bz menghabiskan duit PTPTN, Scholar dengan membeli baju, kasut, beg, DVD cerita jepun, album artis kegemaran,jamming,..,...terserah anda, cuma fikirlah,saat anda menggunakan duit untuk membeli DVD korea,menonnton wayang, pasti ada saudara seislam kita yang belum makan hari ini..fikirlah, kalau bukan kita yang membantu saudara seislam kita..siapa lagi?


Ya Allah, aku malu , atas ketidak matangan ku ini, menjadikan aku dari golongan yang 'ignorant'..ya Allah, permudahkanlah urusan kami dengan petunjuk dr Mu..MATANGkanlah kami seperti pejuang!

wallahu'alam

p/s maaf salah silap kata, segala teguran yang mungkin pedas, anggap sahajalah ucapan daripada manusia yang masih belum MATANG dalam menegur diri sendiri..wassalam

Monday, August 23, 2010

bulan kemerdekaan..apa yang korang buat?

bismillah ar-rahman ar-rahim

mula2 aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada parents aku yang selalu membukakan mata aku untuk melihat dunia..


1-gantung bendera
sebelum aku cerita panjang..maybe aku intro sikit psl ayah aku..skrg sudah tanggal 4 ogos..bulan kemerdekaan..ye! dan di depan rumahku berkibar lah jalur gemilang yang actually takdelah gemilang mana pun pencapaiannye..tp cukup la utk menjadi satu kebanggaan aku rakyat msia..tinggal di negara yg so called Aman tapi kaya ngan maksiat..juga negara yang berbilang bangsa tapi sering disuntik ngn sentimen perkauman..pastu rakyatnye perasan 'truly Asia' tapi sibuk nak bermenantukan orang putih agar anaknye nampak lebih Mix ..Pan Asia la konon2nye..hingga sanggup membiarkan agama di takhta kedua..ikut suke koranglah..pastu yang anak2 omputih ni boleh claim plak diri as Melayu time nk dpt benefit..bile di luar, dok claim dorg pan asia..der...

sejak aku kecil..ayah memang seorang yang sgt patriotik....seingat2 ku..ayah selalu menggantung bendera msia setiap kali merdeka..macam2 size bendera ade di rumah..dr size utk diletak di kenderaan, hinggalah yang boleh buat kain pelikat..semua ayah ade..dan ayah simpan..dan akan digantung sepnjang bulan merdeka....

ala..seingat2 aku..pernah ketika orang mogok tak nak pasang bendera sebab menyampah dengan kerajaan...ayah pun ikut mogok..ye lah..aku pun menyampah..hingga kerajaan bagi bendera free..percuma beb!..mcm biasa la..org msia, benda free mmg kite suke..lalu ramai la balik org letak bendera kat kereta.....dh kalau beria-ia amik free..tak kan nak buat lap lantai plak..

aku melihat sekeliling rumah jugak..takde plak rumah AMNO2 yang memasang bendera..tapi sibuk pulak bising pasal ketuanan melayu..ah...shadap yu!..tp mungkin sebab sekarang belum 31ogos..baru 4 ogos je..sbb tu ramai org masih x gantung..senang cite ntah tak ingat la letak mana bendera tu yg hanya di pakai setahun sekali..ala, macam solat raya la..ade je org pegi mesjid pun setahun sekali..time raya..time solat jumaat, sibuk je melepak ngn membe2 kt CC, isap rokok dan sebagainye...sendiri mau igt la..korg nk mati nnt nak bawa komputer masuk kubur ke?

tapi..sape cakap patriotik tu tak semestinye mengantung bendera...ok fine! kite g ke point ke 2 aku

2- kereta msia
..aha...ni dari kecik smpai ke besar aku dok pakai kete msia..ayah jaga kete ak rase macam jaga anak sendiri..ayah pun blaja di OverC n boleh sangat nak bawa balik Merc 10 bijik kalau dia nak..tapi itu tipikal org2 studen yg mmg kaya raya, balik bawa kete mahal2 lepas tu x larat nak maintain kat msia, jual plak..
ayah selalu pesan, nak beli kete..belila yang kite mampu beli, n mampu maintain...kalau harga kete dah nak dekat suku juta, tak ke servis tiap2 bulan dia puluh2 ribu? ntahlah ea..aku ni xd kete..bawa kete pun takut n malas..so nk ckp byk psl maintainence ni pe kejadah plak..

cume nak ckp,dr aku kecik mcm2 kete msia kitorg guna..
drpd Wira MAC593*,
pastu tukar Perdana JDV166*..
skrang iswara hijau JDG 1***, persona JKT 12**..
.alhamdulillah..sume kete ni sgt berjasa n ye,mmg diakui...ade je yg bermasalah...tp ayah tetap sabar n support industri negra kite...bukan ayah x mampu nak beli kete mahal2..ayah ade juga beli honda, incase nk travel jauh2,..ayah pun tahu mana prioriti..setakat nak pergi beli garam kat kedai runcit, tak perlulah ayah bw hondanye...honda pun turut dijaga macam anak sendiri...

setelah ayah menPsycho kami adik beradik agar cintakan buatan msia..abg aku plak beli kete saga oren (ke iswara? lupa lak)...beliau pun guna utk pergi kerja, n ulang alik dr PD-Seremban hampir setiap hari...ok je?abg ak pun bukan nye keje kuli serba boleh..keje dia bagus tapi dia pun fikir..antara kete mahal or duit extra2 tu buat membantu org yg lbih memerlukan? mana prioriti? nk sibuk bergaya ngn kete suku juta..or beli je kete puluh2 ribu,n baki duit dr suku juta tu boleh derma ke mana2 yg memerlukan?

kakak ku plak ikut jejak langkah ayah,..kereta pertama yg dibeli ialah Alza, memandangkan keretanye luas, harga pun berpatutan...minyak pun xd la mkn byk sgt...tapi kalau dilihat kawan2 sekerja kakak, majoriti guna kete yg imported..of..coz la..sape je pandang kete msia ni? kakak aku pun bukanle keje yg x mampu pakai kete mahal2..tp mcm bese,,fikir jangka panjg..lg mahal kete tu..lg tinggila maintainence nye...bape lama sgt pun kite nak pakai kete? 10 thn?20 thn?25 thn? 50 thn?..

tapi...beli kerete ni 1 investment jangka panjang..so, memang kalau boleh nak la beli kereta yg betul2 berkualiti supaya x sakit hati...hmmm...btul gak...kalau asyik ulang alik workshop pun pening kepala..
so, org pun end up beli kete import n x majula industri kite..

aku takla cakap org yg x pakai kete msia tu x patriotik..or org yg pakai kete msia tu sgt patriotik..tp..fikirla sendiri..klo bukan kite yg memajukan industri kite..sape lagi? nk harap org putih beli proton? ade la sebijik 2 ak nampak kat UK pn..

Tapi, yang tadi korang sibuk2 patriotik bagai, apa kes? org2 yg dok tuduh mcm2 kat org2 lain, ckp kami ni x patriotik..x itu dan x ini...ala..korg sendiri pakai kete import..korg x rasa jem kat jalan raya...korg ntah ntah xyah bayar tol pun..main Zasss je..korg ni patriotik ke?korg x nyumbang kepada kemajuan, duit korg x gerak..dapat elaun mcm2..siap beli berbijik- bijik merc..der....patriotiknye korg?

korg sndiri xyakin ngn industri msia sendiri..n korang dok kecoh2 kata org ni nak jual mlayu...org ni nak memperbodohkan rakyat bagai..korg x ke? dh 50 thn kite diperbodohkan, n masih diperbodohkan n korg x sedar lagi? kalau pemimpin pakai kete msia..br la org solute! org rasa nak guna kete msia gak..ni?ah...

aku belum kerja so, ak x termasuk dlm org yang perlu byr cukai..tapi aku tgk cukai kite bukan main byk..dh byk sgt perut kite nak bg makan free...nk buat mcm mana? kite ni mmg bodoh sejak dr awal..kite plak redho diperbodohkan..bila ade org pandai..kite takut...kite tangkap..kite ckp org ni menghasut, org ni buat bom, org ni gile, org ni x betul dan mcm2 tuduhan kite lemparkan..tapi, org2 yg berbeza idea ni la yg memberi pendapat dgn ikhlas, memikir jangka panjang n cube mengImprove negara ni drpd dipimpin oleh org2 tamak tadi...last2 ramai org pandai akan diam..takut ditangkap masuk penjara..so, pemerintahan siBodoh-siBodoh pun berterusan..sbb xd org berani nk lawan...

ok..skarang korg plak ckp aku menuduh tanpa bukti..
masalahnye, bukti dah byk depan mata..tp sume dah buta...so, mcm mana nk ckp bukti yg depan mata tu nk dikira sbg bukti..dh mata korg pun x terbuka utk terima itu bukti ..kan?

nah, tanya balik pada diri..cukup adil tak aku menJudge org? ke mmg dr awal ak dah set mind..aku ni melayu..aku ni bumiputra..aku ni perlu dpt ini dan itu..mcm bumiputra lain..ak ni takyah usaha..mmg betul mcm movie Gadoh 2009...so, ak yg seperti di atas ni la antara org yg berada dlm comfort Zone, rasa diri selamat, dan dibelai oleh kerajaan..tp dalam diam dicucuk dengan kenaikan harga barang, harga minyak dan sebagainye konon2 dlm usaha untuk mematangkan masyarakat..pulak dah? pastu terima je..tak tengok plak, kenapa harga2 ni naik? sbb nak bg byk mulut2 lain makan free...perut sape?..ni korg pun kene fikir....


p/s..sbnrnye aku nk tulis psl ayah aku yg patriotik..xsangka smpai terkeluar topik lain plak..hahahaha....anyway hepi besday utk budak2 yg lahir bulan ogos n slm merdeka! jom merdekakan diri dr sendiri drpd menjadi golongan yg diperbodohkan! yeah!

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan..sedia? mula!

alhamdulillah

bulan ramadhan yg ditunggu hampir tiba
sesi menguruskan diri dan berDiet oleh kebanyakan orang pun akan bermula semula.

sesi beramal soleh,dan melihat masjid2 yang selalunye kosong, penuh pula time Isyak..siap boleh solat sunat bagai..

sesi buka puasa free kat masjid tu yg ditunggu2 gak oleh studen kan? nak harap time lain solat mgrib kt msjid? huhuhu

sesi membaca Al-Quran tanpa henti pun mula lagi, daripada yang nak katam setahun sekali pun susah, terus dapat katam Al-Quran dalam masa sebulan..mmg power!

sesi menahan lapar n dahaga selain sesi menahan kentut dr membatalkan wuduk, menahan diri dari jatuh berdiri lama2 berterawikh dan mcm2 sesi akan bermula bagai maraton..semua terkejar, kejar, mengejar, dikejar , bergabung dan meletup..Ahhhh...

anyway, at least bagus la ade kesedaran utk menambah amal..setelah 11bulan berbuat amal yg x byk sgt, maka bulan ni perbanyakkan amalan n yg penting! ikhlas..terserah kome ler..


tapi dalam kite beramal bagai
byk gak org yg akan menambah dosa di bulan puasa
antaranye:

1-beli makanan buka puasa macam tak makan setahun..semua mende nak beli..semua nak makan..semua teringin..ingatlah..puasa 30hari..so 30 jenis makanan, kuih, lauk kite boleh cube..bukan semua perlu dicuba dalam 1 hari

2-dahlah membazir bli food banyak2, pastu x abis..aha!...ni mmg ade dalam Alquran yang org dok beria-ria baca time bulan ramadhan 'innal mubazirina kanu ihwan syayatin' ..membazir tu saudara setan...kalu rasa diri macam xd sedara mara yg boleh bagi duit raya, boleh lah nak makn n buang makanan sesuka hati..aku perasan ni perangai org mlayu plg susah nk ubah..bile makan mesti x abis, tinggal le 2 3 suap nasi tak abis...kalau budak kecik aku boleh terima..kalau orang dah besar umor 23tahun..memang aku xleh terima..'Hello!, korang dah bernafas selama 23 tahun n x reti bajet bape byk korang makan? amik la sikit2, x cukup baru tambah!..kalau malu nk bangun byak kali utk tambah, padan muka! sape suruh malu x kene tempat..malu bile x abis makanan xd plak?' org mlayu ni, kalau pinggan licin, takut org ckp gelojoh..tapi x abis, dosa dapat..korang bangga ke? pikirkan la, dlm setiap rezki kite dpt, ade rezki org lain sbnrnye..org palestin x cukup mkn..kite siap buang2 je..

3-dok beria-ria beli makan buka puasa, mkn byk2 pastu x larat nk solat mgrib...telentang mcm beruang kutub..tup tup dah isyak..aik, terawikh x tinggal..ler yg mana wajibnye bro?

4-ni org yg keje kt bazar ramadhan / pasar mlm..ak mmg solute r org yg leh tinggal kedai kejap utk tunai solat mgrib..ni ak tgk..sedap je penjual tu jual time magrib..dh lah galakkn pembeli x solat..mana nk berkat makan makanan dari air tgn org x solat..x berkat..sbb tu msyarakat sekarang perangai makin hampeh sebab dh disumbat ngn makanan syubhah dr kecik..fikir2kan la..aku tgk ade je yg mampu solat sblh van jual mkanan..no harm pun..xyah lah smpai nak cari majid..solt kt pasar tu je pun ok!

5-nak katam quran, baca bukn main laju..tunggang langgang tajwid...haha..ni pun mcm ak la gak!

6-dok beterawih kt msjd smbil mengata- dok kata anak org tu nakal lari2..dok kata ni x betul..dan mcm2 ..ku akui, aku pn kadang2 sakit hati ngn makcik2 yang bawa sejadah kecik sendiri tu n xnk rapatkan saf..aisehmen, rase nk tarik je..bile tarik plak, dia marah..bihtu saf putus..tu kekadang rasa mls je nk solt kt msjid..ish...mmg kene ubah..makcik2 n pakcik2 n sume org, sile rapatkan saf ye..bukn nye mengadap sejadah kecik yg korang x berapa nak share tu , pastu xnak gerak ke tepi sikit pun...ni dosa yg aku buat, ak sakit ati ngn golongn2 yg x rapatkn saf..ni lum kire lagi golongan yg nak dok depan kipas..xnak berganjak sbb panas..aha..ni pun mmg x reti nk rapatkan saf..ish2

7-zmn aku kt u**, ade jugak budak2 yg x puasa sbb mlm2 slalu stay up study..ni lg aku x fhm...takut fail study (dunia)..fail kt akhirat? amalan masing2..ak no komen

8-aha..bulan puasa ni ramai gak la rajin berbuka puasa bersama awek/pakwe/pasangan masing2..ok...ni pun korang pepaham sendiri la..budaya couple kt msia ni mcm dh makin tenat..kat UK,xd pun classmate aku dating bagai nak rak..org putih cool je!mcm suci je bunyi 'buka puasa sama2'..haha...

dan mcm2 dosa yg ak pun x igt

maaf zahir batin kot2 ade terasa hati

slmt beramal n fikir2kan la

Tuesday, February 23, 2010

rally nisa' 2010

something to share about last weekend activity

sabtu
7.00 pg gerak ke hutan bandar taman mutiara rini
- prog stat..kene kenalkan Nisa' kt org ramai...ramai gak yg berminat nak join..pasni nk organize Futsal lak...

- pastu around kul 1pm..berkumpul kat masjid tan sri ainuddin..teserempak ngn dak2 HT gak...tekejut aku..

- betolak ke taman nusantara sambil berkonvoi ramai2..ad r dlm 3 bijik motor bw bendera n 4/5 kete yg dilengkapi sticker..mmg mencapab la....

-bw ngn hazard light 60-70 km/h sambil round2 sekitar2 dunia gelang patah..

-smpai PASTI kt tmn nusantara tu...prepare utk sukaneka kanak2 sambil relaks2..penat gak naik kete slow2 ni...mcm x sampai2...hahaha

-bersukan ngn budak2...budak2 pun ramai sgt smpai pening2...kire mendapat sambutan la dr masyarakat tu..mula2 ingatkn mcm dorg nk tido siang je..x kusangka dorg semangat nak join

-pastu mcm kelamkabut sikit sbb ak x fhm camne cara sukan tu...sori la kak nita..pasni letak org lain r jd PIC...sy ahli lelap je la...kalau bab2 Chorus n karok..sy layan je...

- ade 1 je famili india join n menang byk lak tu...leh dikatakan sume pertandingan dorang ade menang..siap mak bapak dorg puji n galakkn kitorg wat sll...penat wooo nk organize w/pun aku kuli je

- lps mgrib bertolak ke kpg.ladang...fuh...ni mmg ak x penah smpai n 1st time lalu dlm idop aku...sgt jakun..rase mcm sampai area negeri sembilan..pastu jln2 lg..rasa mcm smpai perak lak...gile r

- sampai n makan nasi goreng lauk ketam sambal..ni kali ke 3 mkn ketam dlm seumur idop aku..fresh woo sbb kpg ladang dkt je ngn laut..kire layan gak r walau x reti nk mkn


AHAD
-bgn pg la pastu siap2 ke jeti kpg.ladang
- naik bot ke kpg pendas laut
-g temuramah penduduk kpg n tnya kot2 klo dorg ad probs ke yg nk disuarakan..akan cuba kami smpaikan ke pihak atasan

- ramai mengadu x puas ht sbb kerajaan minata dorg pindah ke PPR br tp kene byr rm150 tiap bulan slma 7 thn..pastu rmh tu x jd hak dorg pun..kejam nye kerajaan jhr ni!..jhr kn bakal bankrup!

- sian..dorg ni nelayan..idop susah..kais pagi makan pagi..kais petang mkn petg (ni perumpamaan yg disebut oleh sorg penduduk cina dkt situ ke aku)

- ade yg ade anak cacat..ade yg dh tua n x larat pun..siap ckp, kalau nk pindah sgt..timbus je la kami ngn rmh2 kami ni

-krjan jhr wat wilayah iskandar n nk jd kn tmpt tu resort.. dorg dh duk situ bertahun2 tp tu lah..mcm mana?

- tp dalam dorg x puas hati ke kerajaan pasl ni...dorg dok puji lagi BN ni..ish..siap ckp 'sy kalau unid,,mau sokong kerajaan punya!'

-dh kene ketuk pun nk sokong lg? konpius ak

-ak nk promote bukn kerajaan lak x leh..nnt nisa' lak kene gam..so layankan aje la pakcik tu ...

- pastu g skola tgk motivasi dorg wat kt budak2..ade r dlm 15 org budak darjah 4-6/...sikit je...

- bergamba ngn budak2 skola...naik bot n balik...

- balik ikut ulu choh...singgah cendol tepi jalan...


many thanks to
- tukang provide kerete ' kak umi
- tukang organize- ajk ajk NISA'
-tukang sedia bantal - kak syifa'..dh mcm nk buka kedai toto pun ade..
- tukang bw bendera- muslimin n penumpang kete kak azi
-tukang masak spnjg prog- mcik siah, akak2 nisa' n d gang
-tukang beli eskrim- aku sndiri..panas gilos kt sana
-tukang bw bot- pakcik man n bro cina yg fasih ckp melayu
-tukang teman ak bejalan keliling kpg- asma yg dipaksa bg salam oleh ak

dan lain2

Saturday, January 23, 2010

a few things happenned lately

last week:
-ayah n sapit g tgk bola.. kedah lawan johor..of coz la kedah menang..ayah balik dengan gembira
- abg kak yam kawin... dpt la mkn free sambil tgk bunga api..pergh..rasa mcm perkahwinan mawi plak

this week:
- ak xg keje hr selasa...pergh mmg best dok rmh..keje penat woo.rasa mcm nk demam..best gak klo leh cuti sukati mcm ni
- usrah nisa' hr rabu..mak ai..30 org dtg..dh mcm kursus perkahwinan lak..konpius ak..byk bebenor akak2 nye
- mak kak fa kembali ke rahmatullah..cmne la kak fa kt sana...
- sultan kesayangan syafiq pun mangkat...famili ak tertau awal sebab kitorg kan ade kabel ngn pemberita...ahahhaahha..tup tup..esoknye br dorg announce yg sultan dah xd...al-fatihah
-g kenduri terima menantu kt rmh makcik midah...tp amin keje..so, pengantin prmpuan je r yg ade... mcik midah remind us about her 'paling sedap' donut..pergh..nnt sblm balik uk, aku claim...
-kat kenduri td gak la jumpa brother bus..sempat la go down memory lane..pergh..mmg rase muda balik dok layan borak ngn brother

esok ahad
maka lusa keje
cis!

Monday, January 11, 2010

HAK or TANGGUNGJAWAB

hak : kite dapat, tapi x semestinya buat
tanggungjawab : kite mesti buat, walaupun kite x dpt
jadi,
mengundi untuk pemerintahan negara kita adalah HAK kita.. kite berhak untuk menentukan, tapi kalau kita tak nak mengundi pun takpe

tapi, memilih kerajaan adalah tanggungjawab kita. tanggungjawab kita menentukan masa depan negara kita..sape yang kita nak pilih , layak etc..

makanya,kite kena la mengundi sebab itu tanggungjawab kita! walaupun kite ade hak untuk tidak mengundi or normally people said 'aku tak minat politik', 'aku peduli apa dengan politik', 'ada aku kisah' ...

ubah lah pemikiran tu..
kalau bukan kite yg kisah pasal negara kita, sape lg?
kalau bukan kite yg minat politik, sape lg?
kalau bukn kita yg amik peduli psl politik negara kite, sape lg?
takkan nak tunggu sampai negara lain 'amik berat' psl negara kite, baru kite nak nyesal?

kalau nak harap kite yg menggerakkn negara kite?
tu mcm impossible la kanso..tu la perlunye individu2 yg sanggup nk pegang jwtn
mcm najib sanggup nk jd PM
mcm nik aziz sanggup nk jd MB

klo takde org2 yg sanggup nk pegang jwtn2 ni
klo xd sape yg peduliso, apa jd pd negara kite?

jd, at least kite mengundi tanda tanggungjawab pada negara kita la...sekadar kibar jalur gemilang , nyanyi lagu negaraku berkobar2.. pastu time mengundi lak dok rumah goyang kaki konon2 x setuju dengan demokrasi..demokrasi x islamic...so on...hahaha...gelak aku!

buka minda..buka utk terima mende2 baru..ade berani?

'hubbul wathon minal iman'
sendiri mau ingat la!

p/s..peringatan buat diri sendiri yg masih belum daftar pemilih walaupun dah layak bebenor!