peMakLuMAn daa....

aDelah Ini DiumuMkaN bAhAWasAnYa adaLAH tAK dibEnarKAN seBarAng AyaT yAng BeruNSur Lucah, CaRut, CaCi-Maki yaNg BleH mENiMbULKAan iSU KePadA BanGSa, AgaMa, NeGara daN Kata2 Yang SamE WaktUNya MelaInKaN DaRiPaDa TauKe BLOg sEnDiRi...... HarAp SemuA PeLaWat DapAt MeMaTuHI perATUraN SuCi ini......Idop Budi BAHasa...
budi bahasa, budaya kita!

boycott la wei...

http://inminds.co.uk/boycott-brands.html

Friday, October 29, 2010

erti matang atau tidak...

bismillahirrahmanirrahim..

semalam aku ditanya oleh seorang sahabat,

'husna, awak ni memang matang ea?'
'eh, yeke? nampak tua la ea..'
'bukanlah, macam perwatakan, pembawakan diri, macam kewibawaan la..memang nampak matang'
'yeke? aku rasa dia lagi matang, sambil menunjukkan ke arah sahabat aku yang duduk makan dihadapan dia.yang jauh lebih muda dari aku.'
'a ah, yelah.dia memang pun matang."

balik dari makan-makan itu, aku sibuk memikirkan..matang atau tidak..kayu ukur matang itu sendiri bagaimana?

lanjutan daripada karya mantap 'kita terlalu lama menjadi kanak2' yang dipost oleh sahabat aku ( boleh lihat disini, http://www.facebook.com/home.php?#!/note.php?note_id=319290146359) satu karya simple yang aku kire memang boleh membuat kita tersedak, memikir kembali, adakah kita masih wajar di zaman itu atau patut mula memikir untuk bergerak, untuk bangkit memperbaiki diri..atau memang kite sudah di zaman matang kita?

abangku pernah cakap, seketika dia kembali dari solat berjemaah di masjid..
'kalau dulu, budak2 bawah 7 tahun duduk saf belakang. tapi sekarang , masjid terpaksa letak signboard 'budak bawah 15 tahun duduk di belakang,.. huh! budak-budak zaman sekarang ni makin tak MATANG!'

seakan terkejut, tapi respon ku hanya gelak..mungkin jika di lihat at d bright side 'at least mereka ke masjid'..tapi sejauh mana kita harus melihat begitu? kita patut melihat ini sebagai satu masalah ummat. ummat yang tak MATANG, buktinya di masjid hanyalah bermain, kalau solat pun main cilok2, sedangkan umur sudah layak berkahwin, bukan? ataupun nilai kematangan itu tidak diukur pada saf mana anda berada ketika solat di masjid?tapi kalau sebut budaya couple, seawal umur 5 tahun di tadika sekarang sudah pandai ingin berpasangan. maka, kenapa kita MATANG ke arah itu? ataupun itu bukti memang kita tidak MATANG?

boleh dikatakan kami dididik secara MATANG oleh ayah dan umi. aku tak nampak sedikit masalah pun untuk menjadi lebih MATANG berbanding rakan2 lain.sejak kecil, kami diberi peluang sebanyak mungkin untuk memilih hala tuju hidup kami, nak belajar apa, nak belajar di mana, nak ke sekolah atau tidak,..bebas..kami diberi hak untuk berfikir menentukan hidup kami. ayah dan umi tidak pernah memaksa untuk mengambil jurusan Senibina, malah sering terus memberikan galakan agar aku bersabar dan bertahan..jadi, adakah didikan ini yang mematangkan?
aku tidak pernah takut untuk memberitahu
'ayah, exam Fekah ini Fail lagi.'. teringat masa di kelas 2 Al-biruni, SRIH.
meraka tidak pernah pukul atas sebab2 markah exam teruk ataupun bermain hingga baju habis kotor,mandi sungai sambil buat pasu daripada tanah liat, merayap main buaian di rumah pakcik mahmood.. mahupun memanjat pokok bersama abang-abang aku..

'umi, hari ini tak nak pergi sekolah. nak dok rumah. nak ponteng , boleh x?' ujar aku ketika form 5, malas mahu ke sekolah SMKAJB...
pasti boleh sahaja jawapan umi ' ini masa depan husna, husna pilih.husna decide n remember what you did now will reflect your future, "ugutan kecil umi tetap gagal membuatku hadir ke sekolah..hehehe

adakah ini didikan yang mematangkan?ibu bapa berhak memaksa anak ke sekolah, ku rasa..tapi mungkin aku terlalu TIDAK MATANG dan mereka tidak mahu memaksa aku (paksa untuk jadi MATANG) supaya ke sekolah....mungkin, tatkala itu, aku sangatlah tidak MATANG sehingga mereka turutkan sahaja...

tapi, kalau keMATANGan itu boleh dididik di sekolah, tapi mengapa dunia masih begini? aku melihat ramai pelajar yang A SPM nye berkati-kati..tapi mereka juga tidak MATANG. kalau ade 50 pelajaran yang diambil untuk SPM, pasti 50 A jualah, tapi mereka juga masih tidak begitu cerdik membuat keputusan. maka, aku yakin, keMATANGan itu bukanlah hadiah didikan sekolah. ia samada kita mahu menggilap 'MATANG' side of our heart atau tidak.

seakan kecewa dengan kawan-kawan yang datang ke UK, dan buka akaun bank yang tidak menggunakan lloyds islamic (ataupun mana2 bank islamic lain seperti HSBC Amanah) dengan alasan :
'oh, tidak tahu pun ade islamic bank?'
ku rasa jawapan tidak MATANG itu tidak patut keluar daripada mulut pelajar yang SPM nye A berkilo-kilo.
'tidak tahu, maka tanya' ..mudah bukan?..
cuma aku teringat, saat kali pertama aku jejak kaki ke Aberdeen, esoknye, aku terus merayap seluruh Aberdeen, ke semua bank .daripada lloyds, RBS,BOS, hinggalah HSBC..aku tanyakan berkaitan islamic bank..dan aku dapat jawapan. adakah dengan memikirkan berapa banyak riba' yang akan tersimpan dalam account bank kita menjadi bukti bahawa kita ini seorang yang MATANG atau tidak? ataupun kita lebih layak digelar 'ignorant'? tiada senior pun yang memberitahu ,
'husna, kene buat ini, buat itu..bla bla bla..'..hampir semua ku figure out sendiri (kecuali masa 1st day smpai, kak najah amik kat airport, n beli barang dapur.tq)..adakah ini bukti aku MATANG?

quote paling best dari abang aku,zaki ;

'aik, dah hidup 20 tahun pun tak tahu, boleh makan banyak mana? ..
teguran hebat untuk mereka-mereka yang selalu makan tak habis, sedangkan sudah hidup 20 tahun, 23? 28?30?50 tahun? aku setuju, kalau kita sendiri tak tahu kita makan banyak mana, takkanlah orang lain tahu pula? maaf, aku memang tak boleh berkompromi dengan mereka yang suka menjadi saudara syaitan..adekah samada pinggan anda licin, atau tidak menjadi kayu ukur keMATANGan anda?..or aku terlalu judgemental?

antara orang paling matang yang aku kenal dalam dunia ini, pastinya kakak aku sendiri. beliau hebat menjaga hati orang, tidak mudah menyebabkan orang berkecil hati, malah mudah memaafkan orang lain, penyabar dalam melayan kerenah kami adik beradik. seawal usia darjah 2 (7 tahun) sudah menjaga kami adik beradik ketika umi ayah pergi ke mekah. mereka pergi mekah seawal pagi, kakakku mengejar kereta tersebut sambil menangis-nangis.tapi umi ayah tetap pergi.kakak buntu, lekas masuk ke rumah menjaga kami adik beradik.kemudian, datang pakcik nazri (moga Allah merahmati roh Allahyarham) menjaga kami adik beradik. ku rasa, kakak cepat matang, menjadikan dia seorang yang banyak berfikir sebelum bertindak. pun begitu, kakak juga pernah melalui pengalaman ketika belajar di Universiti, pengalaman yang ku kira, aku tidak mungkin melaluinya kerana aku pasti dapat mengelak!..tapi adakah pengalaman kakak ini, boleh menjadi bukti bahawa kakak juga TIDAK MATANG tika itu?

ataupun abangku ihsan,
aku lihat dia sangat matang terutama sejak balik bercuti dari australia menjaga tokwan. aku lihat dia jaga tokwan sebaik mungkin. aku pun tidak sebagus itu.dia memandikan tokwan, mengimamkan solat tokwan, membantu tokwan makan. bergerak dan semua lah..hingga semua ahli keluargaku brkata 'esan, sejak balik OZ ni..mmg MATANG btul! dah besarlah katakan' adakah kebolehupayaan anda menjaga orang tua menjadikan anda MATANG?


ku kira adik ku, syafiq agak lambat matang. menjadi anak bongsu MUNGKIN menjadikan individu lambat MATANG, mungkin...tapi, sekarang dia seorang yang MATANG. suka membantu, boleh membincangkan isu2 dunia hinggalah akhirat, berani, cuma..yelah. setiap orang ade 'childish part masing2 kan'


dalam keluargaku, aku bukanlah orang yang MATANG. selalu merajuk, mudah menangis dan pantang ditegur. ada sahaja perkara yang boleh membuat aku berkecil hati. hati keras, mudah membentak, dan banyak lagi sikap-sikap orang yang tidak MATANG ada pada aku..jadi, adakah imej ini MATANG yang dimaksudkan oleh kawanku?

adakah kemampuan anda untuk membicarakan isu semasa, isu politik, isu ekonomi ..bukti anda MATANG?
ataupun kemahiran anda berdebat, mempersembahkan idea, memikirkan jalan penyelesaian masalah adalah bukti anda MATANG?

cubalah kita hidup seperti di zaman sahabat, di mana setiap masa dihargai, dijadikan medan untuk mengUpgrade diri..semuda 6 tahun sudah berani dan matang..memikir strategi untuk membangkitkan islam..


kepada kawan-kawan yang belajar di overC, hargailah peluang ini. cubalah mematangkan diri sehabis mungkin..fikirlah orang yang tidak berpeluang untuk belajar di sini.ini adalah ujian, samada kita ingin berseronok dengan duit scholar (duit rakyat, hasil tax yang mak bapak kita bayar, balik msia, jangan tak balik lepas abis belajar!)

kepada kawan-kawan yang belajar di malaysia, anda juga banyak ku jumpa yang lebih MATANG daripada yang di UK. mungkin sebab anda berada di dunia realiti, realiti hidup mematangkan anda, mungkin..

juga kawan-kawan yang kukira kurang MATANG,...yang begitu banyak masa membincangkan isu-isu artis kawin lari, artis tak makan nasi sehari, artis itu ini..juga yang terlalu sibuk membeli pelbagai barang-barang perhiasan, bz menghabiskan duit PTPTN, Scholar dengan membeli baju, kasut, beg, DVD cerita jepun, album artis kegemaran,jamming,..,...terserah anda, cuma fikirlah,saat anda menggunakan duit untuk membeli DVD korea,menonnton wayang, pasti ada saudara seislam kita yang belum makan hari ini..fikirlah, kalau bukan kita yang membantu saudara seislam kita..siapa lagi?


Ya Allah, aku malu , atas ketidak matangan ku ini, menjadikan aku dari golongan yang 'ignorant'..ya Allah, permudahkanlah urusan kami dengan petunjuk dr Mu..MATANGkanlah kami seperti pejuang!

wallahu'alam

p/s maaf salah silap kata, segala teguran yang mungkin pedas, anggap sahajalah ucapan daripada manusia yang masih belum MATANG dalam menegur diri sendiri..wassalam