assalamualaikum.
mula-mulanya aku telah menaip beberapa notes sempena ramadhan, pakistan, raya dan perkara2 yang berlaku pada aku kebelakangan ini.tetapi dek malas nak mendedikasi masa untuk menaip berbunga-bunga, aku decide untuk mengabungkan semua cerita2 tersebut kepada notes aku yang ini saje.maka,aku sangat yakin notes ni akan menjadi sangat panjang, mleret-leret, pedas, bosan, terharu dan mungkin juga rasa áwesome'.
oleh kerana aku yakin notes ni akan jadi sangat ilmiah, maka aku rasa nak go on dengan satu topik yang tidak asing lagi dalam khidupan orang perempuan iaitu 'baju kurung' (kalau korang orang putih, x perlu bacala sebab mmg baju kurung asing dengan korang pun)
1- sebelum pulang ke tanah air tercinta, aku sempat singgah transit selama lebih kurang 18jam di Karachi, Pakistan. alang-alang 18jam transit, seronok juga jika dapat keluar dari airport melihat-lihat kawasan sekitar. Aku pun berusaha menjalankan kajian tempat-tempat menarik di Karachi, menghubungi travel agency di sana untuk bertanyakan pendapat mereka akan tempat terbaik untuk aku lawati. sesampai di sana, aku sempat dibawa berjalan2 oleh kawan aku melihat-lihat keindahan pakistan dan orang-orangnya yang memang well-knowned cantik dan lawa bagai Miss World.. hehe :) (http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2288077291598.132355.1538928641&type=1 ) .. apa yang mengagumkan, majoriti masyarakat di sana memakai baju kebangsaan mereka seperti kurta, baju punjab,shalwar, dan macam2 jenis baju yang aku pun tak ingat namanya. .. dripada keunikan baju tradisional Shalwar Qameez (http://en.wikipedia.org/wiki/Shalwar_Qameez) hinggalah versi yang dimodenkan tetapi yang masih menampilkan dan mengekalkan aspek2 asli baju tradisi ini dipakai oleh semua lapisan masyarakat. kagum aku dengan mereka. selendang sentiasa digayakan bersama baju Punjab (aku guna baju punjabi je lah,dh majoriti org malaysia tahu baju ni) .. dengan seluarnye yang tak bergetah (free size, 1 seluar masuk 10 pinggang mcm Lisa Surihani pun boleh, hahaha) ...musykil juga aku, takkanlah dorang ni asyik nk mengikat je seluar ni....
2-sesampai aku di Malaysia, melihat aku ke kanan dan ke kiri.baru aku terfikir yang betapa kita tidaklah membudayakan baju kebangsaan kita. yang paling aku terasa kecewa apabila peramugari malaysia mengenakan kebaya pendek, ketat,berbelah pula kainnya hingga ke peha.. tersipu-sipu melayan penumpang, hendak menunduk mengambil barang pun tersegan-segan... jika dibandingkan dengan peramugari PIA (Pakistan international Airline) yang juga memakai tradisi mereka tanpa sebarang ubahsuai, baju + seluar + selendang.thats it. tiada pula ditukar seluar kepada kain, lalu dibelah atau di pendekkan baju, diketatkan di pinggang..TIADA! cool dowh pakai baju+seluar dalam flite, senang nak lari bila emergency..heheh .
ok, back kepada point tentang baju kurung atau baju melayu yang aku rasa sama-sama hanya dijadikan baju 'acara tahunan'. baju kurung ini lazim dipakai setiap kali sambutan aidilFitri/aidil adha. paling tidak pun digunapakai oleh pekerja kerajaan yang wajib memakai baju tradisi bercorak batik setiap hari khamis. atau paling tidak dipakai setiap hari oleh pelajar sekolah kerana itu adalah uniform. paling tidak pun dijadikan baju khas untuk melawat Ibu mertua,pergi ke kursus pra-perkahwinan bagi menampakkan imej sopan, mengutip derma orang ramai, atau dipakai di Majlis kenduri... sedarkah kita duduk berdiri baju kurung ini? ..
sudahlah tidak mengenakan baju tradisional setiap hari, baju kurung yang jarang dipakai itu diubah suai pula mengikut selera modenisasi hingga tujuan baju kurung yang dicipta dahulu untuk 'mengurung' anggota badan jadi 'membalut' anggota badan. ada yang ditambah dengan kain jarang/nipis di lengan, ade yang dibelah kainnya, ade yang diketatkan di pinggul, ada yang di ketatkan di dada ,..(macam macam ada) menyebabkan aku merasa ini suatu pencemaran kepada warisan baju kurung tradisi kita. tidaklah aku membenci budaya moden dan terkini, tetapi budaya islam itu amat perlu diadaptasikan dalam setiap hal seharian kita. walhal, jika dikaji, dahulu sememangnya baju tradisi kita yang kebanyakannnya diambil dari Riau (baju kurung labuh, berpesak dsb) ini sememangnya 'mengurung' badan tetapi entah pada zaman bila (around tahun 1600 kot), tiba-tiba baju kurung kita yang mula dipengaruhi Jawa, Sunda, Bali etc etc , menghasilkan baju tradisi 'kebaya' diperkenalkan. Dengan kedatangan islam, revolusi baju kurung/kebaya yang pada zaman dahulunya, berkain belah, berkebaya pendek telah diasimilasikan dengan busana islam yang kembali lebih menutup (mengurung) anggota badan. hinggalah akhiranya, baju kurung melayu diangkat sebagai baju kurung tradisi masyarakat melayu secara umum, manakala, kebaya pula sering dikaitkan dengan keturunan BabaNyonya yang mana membuktikan kedatangan islam itu memberi impak dalam berpakaian kepada kita.
3-bukanlah aku ini pakar sejarah, hendak menentukan baju kurung jenis apa yang sebenarnya menjadi tradisi kita..apatah lagi ditambah isu 'samada Malaysia ini dijajah atau tidak' menyebabkan aku makin bingung membaca fakta sejarah dan semakin mudah meragui sesuatu fakta. hendak mencari banyak sumber juga aku takut, takut membuang masa belajar sejarah seperti sedari usia sekolah rendah hingga ke universiti yang akhirnya palsu kerana malaysia tidak dijajah..........
mungkin teori 'kilt' (pakaian tradisi scottish) berasal daripada Sampin yang diseksikan akan terjawab jika aku rajin mengkaji. entah.. mungkin...
apa pun begitu, aku berharap agar baju kurung yang ku kenal sedari kecil akan terus tidak dicemari fesyen2 modern yang tidak menepati syariat. hendak berfesyen itu tidaklah salah, tapi jangan syariat dikesampingkan.. betul tak?
moga kita tergolong dari kalangan yang 'mengurung' anggota bukan sekadar membalut anggota. tidak kiralah dengan berbaju kurung, baju seluar, baju cekak musang, cheongsam, jubah,berbaju kedah, berkain batik, berserban, bertelekung, berkaftan bertudung, berselendang, berShawl Syria, bertudung Yuna mahupun bertudung saji sekali pun.. amiiin Ya Rabb
wallahu'alam
p/s aku time sjrh sll tido je.ni kalau cikgu sjrh aku bc kompem terharu nangis2...haha.. btw, ni apa yang aku rasa, fikir, perhati..tidak perlu marah jika anda tidak setuju.boleh dibahas dengan akal yang waras (tapi ,korg pun tau aku defensive kan) hahahah
selamat hari raya
maaf zahir batin (ni betul betul minta maaf ni)
assalamualaikum
JOM PAKAI BAJU KURUNG yang betul2 Mengurung!